
Pada 21 Ogos 2023 Pasukan Drama SMSTJ telah menjadi wakil Daerah Kuala Pilah dalam Pertandingan Drama MBMMBI Bahasa Melayu Peringkat Negeri Sembilan. Pertandingan ini telah diadakan di SMAP Labu Seremban Negeri Sembilan.
Alhamdulillah pasukan drama SMSTJ telah pun berjaya menjadi Johan Negeri Sembilan dan seterusnya akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan. Tahniah kepada semua murid yang terlibat dan guru pemimbing yang terlibat dalam pertandingan ini yang melatih dan memberikan bimbingan yang terbaik kepada murid-murid SMSTJ khususnya kepada Pn Siti Faznirazaimalissa Bt Ibrahim dan En. Nik Azri Azamuddin