Program Gotong Royong Madani

YAB Perdana Menteri telah membentangkan belanjawan 2023 : Membangun Malaysia MADANI pada 24 Februari 2023. Berdasarkan pembentangan tersebut, peruntukan sebanyak RM20 juta telah diumumkan bagi pelaksanaan gotong royong di sekolah KPM seluruh Malaysia.

Program gotong-royong MADANI 2023 ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membangunkan kemenjadian murid

Objektif Gotong Royong Madani
1. Meningkatkan tahap kebersihan,keceriaan dan keselamatan sekolah

2. Mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan komuniti melalui penglibatan agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)

3. Memupuk perpaduan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti setempat

4. Membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah (murid, guru dan anggota khidmat pengurusan)

5. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti kerjasama, bertanggungjawab, bertolak ansur dan rajin.

Justeru sebagai menyahut seruan YAB Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan warga SMSTJ telah mengadakan gotong royong Madani ini pada 17 Ogos 2023 bermula dari jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang. Terima kasih atas kerjasama semua guru, murid, anggota kumpulan pelaksana dan ibu bapa penjaga yang sudi hadir bersama menjaya program gotong royong ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *